Sabtu, 27 Disember 2014

jauhi zina :)

apa khabar anda semua??Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan kita peluang untuk bernafas pada hari ini..sebelum saya nak kongsikan ilmu pada hari ini,marilah kita bersama- sama mendoakan kepada mereka yang berada di pantai timur semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang Allah beri kepada kita semua

Wahai bumi telanlah airmu,
wahai langit berhentilah dari curahan airmu (surah hud ayat 44)


topik yang saya nak kongsikan pada hari ini ialah ''JAUHI ZINA'' ..zina boleh membawa kita ke arah kebinasaan atau kehinaan..kita juga selalu dipujuk rayu oleh syaitan untuk melakukan kejahatan..di setiap diri kita yang kita tak boleh elak apabila berpasangan iaitu''zina hati''

''Di dalam riyadahus solihin bab larangan melihat wanita,Rasulullah s.a.w berkata ,mata boleh berzina  dengan melihat,lidah boleh berzina dengan bercakap,tangan boleh berzina dgn berpegangan,kaki  boleh berzina dgn berjalan ke tempat maksiat,hati boleh berzina dgn merindui ,mengingati &   membayangi si dia''


Dan apabila seseorang bercouple contonya seperti ''COUPLE ISLAMIK'' tanpa berpegangan,selalu beri tazkirah dan sebagainya ia tetap haram dan kita tak boleh ubahkannya...kekadang kita tidak terfikir pun perbuatan kita tu baik atau buruk untuk diri kita sendiri 

Di wajibkan atas kamu berperang padahal berperang itu sesuatu yang kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kam menyukai sesuatu padahal ia amat buruk
bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui [ surah Al baqarah ayat:216]


Cuba kita kawal nafsu kita dengan mengingati  larangan  larangan yang sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t 
untuk kita ..Allah sw.t sdh melarang kita supaya tidak menghampiri zina'

''Dan janganlah kamu menghampiri zina [surah Al- isra ayat:32 ]

sebelum kita melakukan sesuatu berfikir dahulu sbeum bertindak ..sampai sini sahaja yang saya nak kongsikan untuk anda pada hari ini..yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk datangnya dari diri saya sendiri

~ASSALAMUALAIKUM FI HIFZILLAH 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan